Thursday, 14 June 2012

Gambar pada 28/05/2012



hai hai hai... happy thursday semua ! ermmm.. saya  nak share gambar2 saya, dan pada yang tak boleh nak terima dan tak boleh nak tengok akan gambar2 ini, tak payah tengok la ye.  ini blog peribadi saya dan tak salah saya rasa saya nak share ! kan.....

gambar2 semasa saya dnc !



saya amik wad yang 3 orang tu, nama nama saya? adik muizz tu sebelah katil saya, demam + batuk,  kena masuk wad sebab jangkitan kuman kat paru-paru !
amik wad teratai sebab petang tu dah boleh balik pun ha !

operation theatre ! gambar ni di ambil oleh incik rusihan masa saya kat dalam bilik tu !

ko ada? hahahaha.... tag nama saya, kali ke3 saya pakai.  1s5 - beranak sara 2nd - beranak firas ! dan ini yang ke3 !

yang dikeluarkan !!

masa ni tengah lepak kat wad sementara tunggu 2.30 pm ! tengok muka, ala2 pucat gitu !!

* gambar selepas saya buat dnc ada saya letak kan sebelum ni.....

sekian ! saje nak share kat korang ! peace yo !!


Wednesday, 13 June 2012

Sara masuk wad !



lama saya tak update blog.  sebab macam2 berlaku 2,3 minggu yang lepas.. sekarang, saya nak cerite pasal anak dara saya.  kisahnya... sara masuk wad pada 25 mei hari tu sebab demam panas.  sebenarnya dah 3 hari demam. kejap demam kejap ok, kejap demam kejap ok.  jadi, jumaat tu, petang balik kerja, sara cakap dia demam.  memang panas petang tu, so kitorang bawa dia pegi kpmc lepas maghrib..

aiyooooooooo.. 39.9.  doktor kata masuk wad sebab takut kena sawan. ok, masuk wad, tido semalam !!


sara selepas dimandikan di hospital sebab terlalu panas badan dia + amik darah 2 tiub !


malam pertama di wad.  alhamdulillah, boleh tido !


bfast esoknya.  dah makin sihat kan...


boleh buat homework lagi!!


ayah mandikan.. seperti biasa !! opsss.. seksiiii....



tido 1 malam je, alhamdulillah.. masuk antibiotik 1 botol + 2 air !! sihat dah.. ni masa nak balik dah.. petang sabtu.. lebih kurang pukul 5 pm !

kisah saya !!


 
17.4.2012 : tahniah, u mengandung ! malam tu memang hilang kata2 depan doktor. orang pertama tau - Non. kaedahnya aku lewat period cuma 3 hari. confirm : 5 minggu. 1 malam tak tido. ye ke, aku mengandung? 5 tahun meninggalkan zaman 'ibu mengandung' seakan dah lupe segala-gala. esoknya meneruskan kehidupan seperti biasa. kawan2 rapat je yang tau. tiba2 rasa segan nak bgtau kawan2 yang aku mengandung !dah 32 tahun hokey ! berbekalkan asid folic dan susu anmum materna sehingga minggu ke 10.
 
24.05.2012 : dengan rasa tak sabar nak scan perut, nak tunjuk kat sara dan firas bakal adik diorang. Dr. haizal - nama doktor malam tu. ok, kite scan. pusing3.. 'saya tak nampak degup jantung ni'. cari lagi, tak jumpe jugak. dr. xplain bla3... 80% baby dah tak ada. dalam ertikata lain, kena buat dnc! malam tu menangis depan doktor tanpa rasa malu.

28.05.2012 : 8am, last makan sebab kena puasa 6 jam. 10am, scan lagi sekali, dr. kata mana tau ada miracle! scan perut : tak ada. scan dari bawah : pun tak ada degup ! cnfm kandungan meninggal dalam perut. dr. xplain lagi. bla3.. 11am, masuk wad. 11.30am, masuk pil bagi buka vagina. 2.30pm, masuk bilik pembedahan ! bedah ke? hahaha
1st time dalam hidup masuk bilik bedah. tak tau ape diorang cucuk kat tangan aku. aku tengok semua orang sibuk dengan kerja masing2, ok, kite bagi tido ye. baca bismillah... tiba2 aku lupe doa tido. hahaha.. sebelum tu sempat jeling jam : 2.30pm !

tiba2 nama aku dipanggil dr. haizal - haniza ! sekali je, aku terus sedar. aku tanya, dah siap ke? semua dah selesai. masa diorang tolak keluar dari bilik bedah tu, air mata aku keluar dengan tiba2. anak aku dah tak ada.
minggu ni sepatutnya dah 13 minggu. masa scan hari tu dia cuma 1.8sm. sepatutnya masa tu dia 5sm. mungkin dia meninggal masa berusia 8 minggu. kalau dia ada lagi, insyaallah, due dia 20.12.2012. tinggal kenangan je tarikh ni.

anakku.. terima kasih kerana sempat hadir dalam hidup mama, ayah, kakak dan abang walau seketika cuma !



saya selepas dnc ! masa ni tengah mamai giler..