Friday 25 May 2012

Redha itu pasrah !



malam tadi.. dengan rasa excited pegi KPMC untuk buat check up baby.  dalam erti kata lain, buka buku merah.  yang pastinya.. nak pegi scan !!  nak tengok baby... weeeeeeeeeeeeee...


best.  tak ramai orang.  aman damai..


peace yo !! 


kisah di sebalik scan ini.. saya akan cerite kemudian.... 


Thursday 24 May 2012

anmum & pemanggang ikan !!





yeayyy.. bos cuti hari ni sampai isnin minggu depan hokey ! jadi, jangan kacau saya, saya tutup kedai! hohoho.....

kaedahnya.. bertambah lagi stok susu di rumah saya.  yang lainnya adalah susu untuk saya minum !! yeayyyy... adakah anda suke minum susu? saya tidak !! hahaha.. ni pun pun dengan keadaan terpaksa hokey ! untuk baby saya.  pack untuk ke2.  baru 2 pack ke? sebab mengelat minum selang seli ! adeh2...

dari saya mengandungkan sara dan firas dan yang ke3 ni.. saya memang minum ANMUM !


 tadaaaaaaaaaaa...... korang ada ni? PEMANGGANG AJAIB!! saya beli pun sebab saya rasa macam boleh mempelbagaikan masakan tapi belum pernah buat lagi.  belum mendapat ilham katanya ! kekekeke



percubaan pertama : daging panggang !! 

Monday 21 May 2012

10 minggu !




bayi : telinga luaran fetus mula jelas kelihatan.  tubuhnya kini memanjang dimana ibu jari dan jari-jarinya yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.  pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5sm dan beratnya 5gram.

anda : jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat.  ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa.  saiz rahim anda kini sebesar buah oren.  perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih sesuai dengan saiz baru anda.

Friday 18 May 2012

RM 2,170,000.00




fuhhhhh.... 2 juta ringgit? hehehehe.. alhamdulillah.  ini rezeki dari allah.  gambar di bawah ini, yang amik cek (bukan cek betul pun) adalah kawan saya, batch saya.  nama dia SASWAN.  duit ini diberikan kepada Generasi ke2, felda nitar 1.  generasi ke2 tu adalah saya la, anak2 peneroka felda.

semalam, syukur..... abah dah dapat geran tanah.  bermakna abah dan semua orang2 felda nitar 1 dah takde hutang dengan felda lagi.  semua tanah rumah kebun adalah hak kami.  alhamdulillah... dan semalam abah dah dapat 5k jugak ! weeeeeeeeeeeeee....


Wednesday 16 May 2012

happy teacher's day 2012 !




happy teacher's day !  untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya... di tadika felda ayer hitam, kluang, sekolah kebangsaan lktp felda ayer hitam, sekolah kebangsaan felda nitar 1, sekolah menengah kebangsaan felda nitar, mersing, sekolah menengah kebangsaan mersing, politeknik port dickson !

terima kasih cikgu sebab mengajar saya dan menjadikan saya seorang yang berguna sekarang !  jasamu hingga ke syurga !

(macam diorang baca kan blog aku. huwaaaaaaaaaaaaa)

Tuesday 15 May 2012

happy teachers day !



sempena hari guru esok... sekadar mengingatkan kepada diri sendiri.  dulu masa saya belajar, ada jugak saya bagi hadiah kat cikgu2 saya, hadiah biasa2 je pun.  sekarang ni, giliran anak2 saya pulak bagi hadiah kat cikgu2 diorang.  besar dah anak2 saya ye ! hehehe..


hadiah yang dipilih oleh Sara.  dah tentu la pink kan... 
(hadiah ada bajet hokey)

pastu, saya pilihkan untuk Firas, masa pilih hadiah ni, Firas tak ikut.. saya dan Sara je.  tapi kan, kenapa saya pilih biru?? hahaha... kat rumah Sara cakap, apesal bagi teacher warna biru, tak amik pink jugak?!!
kaedahnya dah terbiasa, pink untuk Sara, biru untuk Firas.. sadis !!


malam tadi dah bungkus.. tengok, kotak je besar !!


Firas punya tak payah kotak2.. letak dalam paper bag je ! setel !

*happy teacher's day*
terima kasih cikgu sebab ajar anak2 saya !

Monday 14 May 2012

Appoinment done !



alhamdulillah.  semoga semakin dimurahkan rezeki untuk saya bersalin disini.  insyaallah.  



KPMC Puchong.  dekat dengan rumah saya, lebih kurang 5 minit je.  selalu pegi kpmc ni bila anak2 saya demam je but now.. weeeeeeeeeeee.. saya dah buat appoinment tau! 


appoinment pada 26/05/2012 dengan dr. Geehta.  untuk buat buku merah.  ceh.. kalau buku merah tu mmg buku ibu mengandung ek ! kah2...


tengok ! pakar segala pakar ! bayar je ! awuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....


9 minggu !



bayi anda : bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya mula kelihatan.  begitu juga kaki dan tangannya.  fetus berukuran kira 3sm.

tubuh anda : berat anda mula bertambah.  anda digalakkan merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami.  ketika ini gusi anda menjadi lebih lembut dah nipis disebabkan oleh perubahan hormon.  jadi, beri perhatian khusus pada kebersihan gigi.

Thursday 10 May 2012

Firas Izzarif



nama saya Firas Izzarif bin Rusihan.  saya dilahirkan di Pusat Perubatan Mahsuri, Jitra, Kedah pada 26.12.2007.  sebenarnya due saya adalah 8.1.2008 tapi saya 'keluar' awal. hehehe.. Umur saya sekarang (ikut tahun kan) 5 tahun.  saya juga bersekolah di Genius Aulad sama dengan kakak saya !  



gambar latest ! saya dan kakak saya !

sekian, untuk hari ini. 


Wednesday 9 May 2012

anak dara saya sekarang !!





hai semua !!  nama saya Marha Qaisara binti Rusihan. saya dilahirkan pada 3.4.2006 di hospital jitra, kedah. umur saya 6 tahun dan saya bersekolah di Genius Aulad,  Taman Puchong Prima, Puchong.  

sekian, untuk hari ini.

almari pink !




baru teringat nak update pasal hadiah birthday Sara yang ke 6 tahun !! itu dia, sebuah almari buku kaler pink ! sebenarnya ini adalah pilihan terakhir.. ada 1 almari yang kaler pink jugak tapi besar tapi masa tu takde stok dah ! sadis betul.  almari dia, cnfm la letak dalam bilik dia kan...





Tuesday 8 May 2012

8 minggu !




‎8 minggu - minggu ini fetus berukuran 2.5sm, 10,000 kali lebih besar drpd minggu pertama hingga 4. Mata, telinga dan telinga tengah yg mgawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Kini, jantungnya mula berdenyut pd kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan tangannya kian berkembang, fetus sudah pandai bergerak dan menendang. Walaubagaimanapun, saiznya yg masih kecil tdk membolehkan anda merasakan pergerakannya!

Monday 7 May 2012





weekend hari tu ( 4-5 mei 2012 ) balik Nitar.  saje la, lama sangat tak balik rasanya.  kalau la, ada kelebian duit kan, nak je balik tiap2 bulan.. ermmmm.. semoga dimurahkan rezeki untuk aku! :)

plan mak saya, buat makan2.  ala, bukan jemput sapepun, jemput cik yoe (adik mak) dengan wak bejo (abg mak).. sedara yang rapat.  so diorang datang la sabtu hari tu, mak saya buat makan2.  

dan seperti tahun lepas, sape birthday bulan 5 akan potong kek sama-sama.  kelihatan wak bejo, adik (farah amirah) firas (tak berkenaan) sara (tumpang sekaki- birthday dia birthday 3.4 hokey) dan mak saya.

hari ni birthday mak saya, selamat hari lahir mak, yang ke 54 tahun, semoga mak sentiasa sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki.  insyaallah...

Friday 4 May 2012

perasannnnn..... !! kekekeke






saya suke gambar ni.. sebab...sebab.. masa ni muka saya sangat licin.. awuuuuuuuuuuuuu.... iskhhh.. sekarang muka dah byk bekas jerawat.  perubahan hormon katanya ! kekekekeke....
bila nak dapat muka selicin ini... sob sob sob

field day !





field day ! ok.. acara sukan untuk sekolah Sara dan Firas.  saya membayangkan buat kat padang / stadium la kan.. rupenya... tu ha, kat zoo negara ! pulak dah..  hari ni baru tengok yang sekolah-sekolah diorang diagih2kan ikut tempat.  turn sekolah diorang ni 20/05/2012, ada 4 sekolah lain jugak yang bergabung.

- ga usj 21
-ga kota kemuning
ga taman tasik prima (sekolah anak saya)
-ga kelana jaya

sebenarnya kitorang tak bayar lagi untuk program ini. rasa macam last week dah kena bayar! hahahahaha.. hadoii.. kesian kat anak-anak saya !

*tah pegi tah tak.... ermmmmmm


Thursday 3 May 2012

sekadar renungan !