Showing posts with label Preggy. Show all posts
Showing posts with label Preggy. Show all posts

Monday, 21 May 2012

10 minggu !




bayi : telinga luaran fetus mula jelas kelihatan.  tubuhnya kini memanjang dimana ibu jari dan jari-jarinya yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.  pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5sm dan beratnya 5gram.

anda : jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat.  ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa.  saiz rahim anda kini sebesar buah oren.  perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih sesuai dengan saiz baru anda.

Monday, 14 May 2012

Appoinment done !



alhamdulillah.  semoga semakin dimurahkan rezeki untuk saya bersalin disini.  insyaallah.  



KPMC Puchong.  dekat dengan rumah saya, lebih kurang 5 minit je.  selalu pegi kpmc ni bila anak2 saya demam je but now.. weeeeeeeeeeee.. saya dah buat appoinment tau! 


appoinment pada 26/05/2012 dengan dr. Geehta.  untuk buat buku merah.  ceh.. kalau buku merah tu mmg buku ibu mengandung ek ! kah2...


tengok ! pakar segala pakar ! bayar je ! awuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....


9 minggu !



bayi anda : bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya mula kelihatan.  begitu juga kaki dan tangannya.  fetus berukuran kira 3sm.

tubuh anda : berat anda mula bertambah.  anda digalakkan merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami.  ketika ini gusi anda menjadi lebih lembut dah nipis disebabkan oleh perubahan hormon.  jadi, beri perhatian khusus pada kebersihan gigi.

Thursday, 19 April 2012

now : 5 weeks



 
happy thursday.  lama rasanya tak update blog.  hehehehe.. banyak benda nak share tapi tak sempat.  saya cuti isnin dan selasa hari tu sebab incik rusihan pergi kursus dan saya kena uruskan anak2 ke sekolah.  tiba2 Firas pulak kena demam campak ! jadi, 2 hari tu menguruskan anak2 kat rumah je la.
 
kaedahnya saya dah lewat period 3 hari, jadi selasa malam rabu tu saya pegi klinik kononnya nak amik ubat bagi period.  tp bila check air kencing, jadi lain pulak.
 
hohoho... im pregnant !!! now, saya 5 minggu.  insyaallah, due 21.12.2012.  semoga dipermudahkan... saya sangat terkejut dan mula2 tak boleh nak terima semua ini.  alhamdulillah, berkat nasihat kawan2.. saya terima ini adalah rezeki dari ALLAH !
 
weeeeeee.. saya adalah ibu mengandung sekarang !!