Friday, 25 May 2012

Redha itu pasrah !



malam tadi.. dengan rasa excited pegi KPMC untuk buat check up baby.  dalam erti kata lain, buka buku merah.  yang pastinya.. nak pegi scan !!  nak tengok baby... weeeeeeeeeeeeee...


best.  tak ramai orang.  aman damai..


peace yo !! 


kisah di sebalik scan ini.. saya akan cerite kemudian.... 


Thursday, 24 May 2012

anmum & pemanggang ikan !!





yeayyy.. bos cuti hari ni sampai isnin minggu depan hokey ! jadi, jangan kacau saya, saya tutup kedai! hohoho.....

kaedahnya.. bertambah lagi stok susu di rumah saya.  yang lainnya adalah susu untuk saya minum !! yeayyyy... adakah anda suke minum susu? saya tidak !! hahaha.. ni pun pun dengan keadaan terpaksa hokey ! untuk baby saya.  pack untuk ke2.  baru 2 pack ke? sebab mengelat minum selang seli ! adeh2...

dari saya mengandungkan sara dan firas dan yang ke3 ni.. saya memang minum ANMUM !


 tadaaaaaaaaaaa...... korang ada ni? PEMANGGANG AJAIB!! saya beli pun sebab saya rasa macam boleh mempelbagaikan masakan tapi belum pernah buat lagi.  belum mendapat ilham katanya ! kekekeke



percubaan pertama : daging panggang !! 

Monday, 21 May 2012

10 minggu !




bayi : telinga luaran fetus mula jelas kelihatan.  tubuhnya kini memanjang dimana ibu jari dan jari-jarinya yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.  pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5sm dan beratnya 5gram.

anda : jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat.  ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa.  saiz rahim anda kini sebesar buah oren.  perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih sesuai dengan saiz baru anda.